METERING

Metering secara asasnya ialah untuk menyukat “exposure“, ia ini jumlah cahaya untuk sesuatu imej itu sebelum dirakam pada filem atau pun sensor. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan sebuah light meter. Walaupun lightmeter ini masih kerap digunakan oleh jurufoto professional, ramai dikalangan pengguna SLR atau DSLR kini banyak bergantung kepada sistem metering yang terdapat didalam kamera mereka. Tujuan sistem metering dalam kamera, baik Filem maupun Digital, ialah untuk menyukat “the best-fit exposure value” atau “nilai exposure yang paling sesuai” bagi mej yang bakal dirakamkan. Dimasa kini, sistem metering secara otomatik ini dikira sebagai standard dalam penggeluaran kamera dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 mode, Spot, Matrix, Centre Average. Berdasarkan pemilihah mode yang tertentu, sistem metering kamera akan mencadangkan nilai exposureyang sesuai untuk jurufoto dan kerap kali, ia bolehlah diaggap sebagai mencukupi.Apakah perbezaan antara ketiga-tiga mode ini? Walaupun mungkin berbeza dari segi penamaannya oleh penggeluar-pengeluar jenama kamera, secara asasnya mode tersebut adalah seperti yang dijelaskan dibawah:

Spot Metering
Membenarkan sesorang jrufoto itu membuat metering keatas subject berdasarkan “focus point” atau titik fokus yang dipilih. Ini bermaksud hanya sejumlah kawasan kecil sahaja dalam frame imej itu diambil kira untuk penggiraan nilai exposure (exposure value). Nilai exposure untuk bahagian-bahagian lain tidak diambil kira. Pada kamera saya, hanya 2% dari jumlah keluasan frame diambil kira dengan menggunakan siaz bulatan 3mm.

Center-weighted Average Metering
Mungkin merupakan kaedah metering yang lazim digunakan, malah ia merupakan kaedah asas dalam pembikinan awal otomatik metering pada kamera yang tidak mempunyai pilihan mode. Didalam kaedah ini, purata nilai exposure untuk seluruh frame imej itu diambil kira dan sedikit penekanan (weightage) akan diberikan pada nilai yang dibaca ditengah-tengah frame tersebut. Di era DSLR ini, pengguna boleh membuat pilihan akan keluasan siaz bulatan di bahagain tengah frame itu, seperti 6, 8, 10 maupun 13mm. Ini memberi fleksibiliti kepada jurufoto untuk menentukan nilai penekanan (weightage) pada exposure mereka.

Matrix Metering
Ini merupakan kaedah metering yang paling komplex dan mencadangkan nilai exposure yang paling sesuai bagi setiap situati cahaya. Secara kasarnya, sesuatu imej itu dipecahkan kedalam beberapa zon dan nilai exposure dari setiap zone akan diambil kira untuk mencadangkan satu nilai exposure yang paling sesuai. Nilai exposure itu dikira berdasarkan algorithm yang telah diprogramkan kedalam cip prossesor penggeluar, yang terdapat di dalam kemera tersebut.

Sumber asal: dpreview

Peringatan:
Walaupun sistem metering otomatik ini memberi satu cadang nilai exposure (dari segi aperture dan shutter speed bedasarkan ISO yang telah dipilih), pengguna harus peka akan mode dan setting yang betul untuk menghasilkan imej yang dikendendaki. Dibawah merupakan contoh dari hasil ketiga-tiga mode yang dijelaskan diatas. Saya suka menggunakan situasi malam sebagai contoh kerana perbezaan cahaya dari atas ke bawah amatlah ketara.

Dari contoh diatas, kita dapati bahawa bergantung sepenuhnya pada otomatik metering tanpa membuat apa-apa “fine adjustment” mungkin bukanlah sebagai satu kaedah metering yang paling sesuai dalam situasi sebegini.

Saya kerap ditanya, “mode apakah yang selalu saya gunakan?” Bagi saya, ia banyak bergantung kepada subjek atau imej yang dikehendaki. Oleh kerana saya kerap merakam imej secara “manual”, “aperture priority”, atau “shutter priority”, metering mode saya juga akan berbeza-beza. Misalannya, jika saya berkehendakan metering pada subjek khusus seperti bulan atau muka seseorang subjek, saya kerap gunakan “spot metering”. Jikalau lanskap atau secara am, saya gunakan “centre weighted average” atau “matrix metering” berdasarkan imej yang saya kehendaki. Akan tetapi, “matrix metering” merupakan mode yang kerap saya gunakan malah seakan menjadi “default” setting pada kamera saya. Ini disebabkan oleh keberkesanan “1,005-segment RGB sensor” pada kamera SLR ataupun DSLR saya untuk melakukan “3D-Color Matrix Metering”.

Sumber dari Blog Dr FaisalPhotography _jutaan terima kasih kepada beliau kerana menterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia artikel ini dan saya cuma memanjangkan usaha beliau ke blog saya untuk para pengunjung blog saya khasnya dan kepada para peminat fotografi amnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s