CARA FOTO EVENT

Grand Entrance @ Dewan Merak Kayangan, Canon 350D dgn Lensa 17-50mm f/2.8, iso-400, f/2.8, 1/80sec

Antara majlis yang selalu diadakan di dalam dewan ialah ‘Annual Dinner’ syarikat dan Majlis Perkahwinan. Seperti mana-mana ‘event photografi’/fotografi majlis yang lain, untuk mengambil gambar dengan baik, anda perlu biasa@familiar dengan aturcara perjalanan majlis tersebut. Ini akan membolehkan minda fotografi anda bersedia dengan ‘timing’ dan ‘setup’ kamera anda. Sekiranya anda baru dalam bidang fotografi, tidak salah sekiranya anda menjadi jurugambar ‘backup’  untuk membiasakan diri anda dengan suasana di dewan. Ini adalah kerana dalam event fotografi, satu detik yang hilang, tidak boleh digantikan dengan detik yang lain lagi.

Bagi ‘Annual Dinner’ atau mana-mana acara korporat, pencahayaan dewan adalah tetap. Kebiasaannya hanya ada dua setup kamera yang perlu anda dapatkan, yakni di bahagian depan pentas dan lain-lain tempat. Bagi Majlis Perkahwinan pula, terdapat pelbagai keadaan pencahayaan yang berbeza, dan lebih dramatik. Mungkin terdapat keadaan di mana cahaya lampu dewan akan dimatikan sepenuhnya, dan hanya spotlight akan digunakan untuk menonjolkan pengantin. Keadaan ini memerlukan anda bijak untuk memilih setup kamera yang terbaik. Lensa yang pantas@fast adalah amat membantu dalam situasi sedemikian rupa.

Untuk kebanyakan event, setup yg terbaik ialah dengan menggunakan dua body, dengan set lensa wide, standard dan telefoto zoom. Kebiasaannya, ini adalah merangkumi lensa 12-24mm,24-70mm, dan 70-200mm. Bergantung pada keadaan, anda boleh memilih dua daripada 3 lensa tersebut utk digunakan pada 2 body anda. Untuk body pula, setup terbaik ialah dengan menggunakan 1 crop sensor, dan satu full frame. Dengan setup sedemikian, anda boleh mendapat pelbagai kombinasi ‘effective focal range’, sebagai contohnya lensa 24-70mm pada crop sensor akan memberikan anda ‘effective focal range’ 36-105mm, manakala pada full frame body, ‘effective focal range’ adalah sama seperti asal, yakni 24-70mm. Untuk dewan, kombinasi lensa standard zoom & telefoto adalah yang terbaik kerana ruang untuk anda bergerak sebagai jurugambar adalah banyak. Sekiranya ruang adalah terhad seperti situasi dalam rumah untuk majlis pernikahan, lensa wide angle adalah amat berguna.

Red Carpet @ Palm Garden, Putrajaya. Nikon D90, Tamron 17-50mm f/2.8, ISO-1250 F/4 1/60 sec

Bagi event, fokus utama anda ialah untuk merakamkan setiap detik. Oleh itu, anda tiada cukup masa dan peluang untuk melakukan setup pencahayaan yang kompleks. Kebanyakan jurugambar akan menggunakan flash pada hot shoe DSLR atau natural lighting/pencahayaan persekitaran. Sekiranya anda sudah selesa dengan penggunaan kedua2 teknik tersebut, anda boleh cuba untuk ‘balance’ di antara penggunaan flash dan pencahayaan persekitaran. Gambar contoh ‘balance’ diantara hot-shoe flash & pencahayaan persekitaran adalah seperti gambar Red Carpet di atas.

Flash untuk ‘balance’ dengan pencahayaan persekitaran sebaiknya dalam setup ‘fill-in flash’, dan ‘colour corrected’. Pembetulan warna. Ini adalah perlu kerana lampu di dewan adalah berwarna kuning, manakala warna  flash yang tidak diubah adalah putih. Flash yang tidak ‘colour corrected’ akan menghasilkan gambar yang tidak ‘natural’, kerana objek yang hampir dengan flash akan lebih ‘cold’, manakala kawasan yang jauh yang kurang kena flash akan menjadi lebih ‘warm’ . Untuk mengatasi masalah ini, gel atau ‘omni diffuser’ yang bewarna kuning boleh digunakan.

Contoh diffuser yang boleh didapati dari Digicolor (sila click gambar utk ke website)

Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan format RAW untuk fotografi majlis kerana ianya seperti digital negative, memberi banyak fleksibiliti untuk ‘post editing’ ‘exposure’ & ‘white balance’. Software seperti Adobe Lightroom boleh digunakan dalam ‘post editing’ untuk mengedit gambar-gambar format RAW yang banyak dengan cepat.

Seterusnya ialah setup untuk gambar di atas.

‘Grand Entrance’

  1. Kamera diset pada mode aperture priority. Pilih aperture yang terbesar yang lensa anda boleh, bagi lensa yang saya gunakan ialah f/2.8.
  2. Set ISO pada ISO tertinggi yang kamera anda boleh gunakan tanpa excessive noise. Untuk camera Canon 350D, setup tersebut ialah ISO-400. Pastikan shutter speed terendah dalam mode aperture priority ialah 1/40s. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang ‘motion blur’ yang akan mengakibatkan gambar anda nanti tidak ‘sharp’. Untuk kamera-kamera generasi baru, anda boleh menggunakan setup auto-ISO atau Sensitivity Priority (Sv), di mana anda akan set shutter speed, aperture & maximum ISO, dan kamera menerusi metering akan memilih ISO yang sesuai. Untuk generasi kamera terkini juga, prestasi ISO tinggi juga sangat baik. Contohnya kamera Pentax K-5 yang saya gunakan, saya boleh set maximum ISO kepada ISO-6400 dengan selesa dan tanpa ‘excessive noise’.
  3. Gunakan spot-metering mode atau partial metering kerana kebiasaannya anda mahukan subjek anda yang berada pada titik fokal kamera, adalah properly exposed. Jika bukan default setting, pastikan titik spot-metering anda adalah berpandukan titik fokal kamera anda.
  4. Matikan flash pada hot-shoe kamera. Ini adalah kerana pada ketika gambar tersebut diambil, pencahayaan persekitaran adalah amat menarik.
  5. Ambil gambar dalam format RAW. Check in camera histogram. Pastikan gambar adalah ‘properly exposed’ di mana graf histogram tersebut dalam bentuk taburan normal dalam keempat-empat seksyen histogram seperti contoh di bawah. Sekiranya tidak, perbaiki setting anda pada aperture, shutter speed, ISO dan metering untuk memastikan subjek adalah ‘properly exposed’.
  6. Setelah selesai proses penggambaran, gunakan software seperti Adobe Lightroom/Photoshop Raw Converter untuk ‘recover highlight dan shadow’ pada gambar berkenaan. Ubah ‘exposure’ & ‘white balance’ sehingga anda dapat exposure yang paling sesuai untuk gambar berkenaan.

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Best Dressed Couple, TNB ICT Gala Night 2011, Nikon D90, Tamron 17-50mmf/2.8, ISO-1250, f/4, 1/80s

Artikel ini akan berbincang cara mengambil gambar ‘red carpet’ bagi majlis makan malam yang diadakan di dalam dewan. Ia merupakan bahagian kedua daripada tiga. Sekiranya anda masih belum membaca bahagian 1, sila berbuat sedemikian untuk memudahkan pemahaman artikel pada bahagian 2 ini.

Untuk mengambil gambar red carpet, background yang sesuai perlu dipilih. Ini adalah kerana background akan mempengaruhi suasana/mood kepada gambar berkenaan. Background juga membezakan di antara gambar yang biasa dan gambar yg hebat. Tempat gambar diambil juga hendaklah berdekatan dengan meja pendaftaran untuk memudahkan para hadirin untuk mendaftar dan mengambil gambar.

Untuk tempat acara seperti pada gambar di atas, tiada tempat lain yang lebih sesuai, melainkan jalan masuk ke pentas/red carpet sendiri. Kekurangan pemilihan tempat ini ialah jurugambar tiada kawalan pada ruang di belakang subjek. Para hadirin lain boleh mengganggu background. Oleh itu, tight croppingpada gambar ini terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan gangguan daripada frame gambar.

Sila juga minta bantuan petugas dewan untuk membantu untuk mem’posing’kan subjek, supaya jurugambar boleh menumpukan perhatian kepada framing dan setting kamera.

Oleh yang sedemikian, setting seperti di bawah dipilih

  1. Bagi semua majlis/event, ambil dalam format RAW kerana ini akan memberikan kemudahan untuk editing yang lebih selepas majlis.
  2. ‘Aperture priority’ setting dipilih.
  3. Kombinasi ISO-1250 untuk mendapatkan pencahayaan background dalam -1 stop.
  4. F/4 untuk memastikan keseluruhan subjek jelas utk gambar potrait. f/4 juga adalah sweet spot bagi lensa Tamron 17-50mmf/2.8, di mana lensa tersebut paling sharp pada focus tersebut.
  5. Pastikan kamera akan gunakan shutter minimum 1/40s jika subjek ialah manusia, supaya subjek tidak kabur/freeze. Bagi gambar ini, metering kamera memilih utk menggunakan shutter = 1/80s.
  6. Fill in flash menggunakan external on camera flash dgn diffuser kuning seperti dalam bahagian 1 digunakan. Flash compensation +1 digunakan untuk mendapatkan exposure yg tepat.

Contoh gambar RAW sebenar yg kurang -1 stop, dan gambar yg telah diedit menggunakan Lighroom, dengan menambahkan exposure, curve=medium, clarity & vibrance = +20

Teknik untuk ‘balance’ di antara ambient lighting dan flash seperti yang digunakan dalam gambar kedua ‘Red Carpet’ akan kami kongsi dalam posting yg akan datang.

kredit untuk artikel  dari Fotomudah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s