IMAGE STABILIZER

Bagi pengguna sistem Nikon dan Canon, faktor lensa yang mempunya stabilizer (VR untuk Nikon dan IS untuk Canon; VR bermaksud Vibration Reduction manakala IS bermaksud Image Stabilizer) selalu dipertimbangkan terutamanya apabila seseorang itu ingin membeli lensa telephoto. Pada lensa yang mempunya spesifikasi sama seperti Nikkor 70-300mm f4-5.6, terdapat versi VR dan non-VR dengan perbezaan harga antara keduanya adalah 4 kali ganda. Adakah stabilizer dalam fotografi digital begitu berharga?

1a
Sistem IS dalam lensa yang digunakan oleh Canon

1b
Sistem IS dalam badan kamera yang digunakan oleh Sony

Terdapat 2 jenis sistem stabilizer – Nikon dan Canon memasangnya di dalam lensa, manakala Sony, Pentax dan Olympus penggunakan IS pada sensor di dalam kamera. Kedua-duanya mempunya sensor pengesan gegaran dan cip khas akan melakukan pengiraan yang mana menggerakkan sebuah motor ultrasonic untuk mengurangkan kesan gegeran. Untuk sistem IS pada lensa, motor tersebut akan menggerakkan satu kumpulan elemen dalam lensa yang bertindak untuk membetulkan kesan gegaran sebelum cahaya masuk ke kamera. Oleh itu kesan IS dapat dilihat melalui viewfinder. Sistem IS dalam kamera pula tidak mempunya elemen tambahan dan hanya menggerakkan sensor supaya ‘mengejar’ imej yang bergerak disebabkan kamera yang bergegar.

Sistem IS di dalam kamera membolehkan semua jenis lensa menikmati teknologi IS, ini termasuklah lensa daripada apa jua jenama dan model asalkan boleh dipasang pada kamera tersebut. Konsep ini jelas memberikan kelebihan ekonomi dan kepelbagaian. Satu lagi kelebihannya ialah ia tidak memerlukan elemen tambahan dalam lensa oleh itu sistem IS sebegini tidak mempengaruhi kualiti imej. Kelebihan bagi sistem IS dalam lensa pula ialah setiap cip IS dan elemen IS boleh direka dan diprogram untuk mendapatkan hasil optimum untuk lensa terbabit.

Berbalik kepada persoalan sejauh mana keberkesanan sistem IS ini, adalah penting untuk faham fungsi IS. Saya letakkan sebegini:

  1. Fungsi utama IS ialah untuk membolehkan foto dirakam pada kelajuan shutter yang lebih rendah daripada biasa, tanpa kesan gegaran. Umumnya kelajuan shutter adalah 1/(jarak fokus pada format  35mm). Contohnya lensa 100mm untuk kamera APS-C Nikon memerlukan kelajuan shutter 1/150 saat tanpa IS. Dengan IS, kelajuan boleh dikurangkan.
  2. IS hanya membantu mengurangkan gegaran pada kamera atau lensa. Ia langsung tidak membantu untuk membekukan pergerakan subjek.
  3. IS membolehkan imej dirakam jelas pada kelajuan shutter yang lebih rendah yang mana sukar akibat kesan gegaran tangan namun ada hadnya.
  4. Kesan IS kepada pengguna adalah berbeza. Jurugambar baru biasanya mendapat lebih manafaat kerana kurang mahir dengan posisi memegang kamera. Jurugambar yang mahir boleh mengurangkan kesan gegaran dengan teknik tertentu. Oleh itu IS hanya membantu sedikit sebelum fungsinya mencecah had keberkesanan.
  5. IS lebih membantu pada jarak fokus yang tinggi pada lensa telephoto kerana kesan gegaran digandakan.
  6. IS meningkatkan penggunaan bateri.

Kesan IS adalah lebih kepada meningkatkan peratusan foto yang elok pada kelajuan shutter tertentu. Ini kerana kesan gegaran adalah rawak dan banyak dipengaruhi oleh faktor fizikal jurufoto. Jika anda mendapat 50% gambar yang tajam pada kelajuan tertentu, dengan IS peratusan mungkin meningkat kepada 70-80% dengan kelajuan yang sama. Kesan ini adalah rawak kerana ia bergantung kepada gegaran tangan anda ketika menekan shutter release button pada masa yang tertentu.

Tiada benchmark khusus untuk menilai keberkesanan IS antara berbagai jenama. Apa yang diwartakan dalam kempen pemasaran tidak seharusnya dijadikan ukuran kerana keberkesanan IS adalah relatif pada individu.  Contohnya, jika saya menggunakan lensa 100mm, saya boleh mengambil foto yang jelas pada 1/40 saat dengan bergantung kepada pengalaman dan kemahiran. Jika saya guna IS, boleh dapat 1/20 saat yang memberikan kelebihan 1EV. Individu lain yang kurang berpengalaman mungkin memerlukan 1/160 saat tanpa IS dan hanya perlu 1/40 saat dengan IS. Justeru memberikan kelebihan 2EV. Benchmark patut dilakukan oleh individu sendiri untuk menilai sejauh mana IS berkesan kepada teknik fotografi beliau.

Oleh Amir Ridhwan untuk ahli fototeacher group

Copyright nov 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s