EDITING VIDEO KOPRAT

Apa yang perlu kita ada? software editing…. terpulang kepada anda software apa yang anda inginkan. kalau tanya saya, saya memilih Edius Pro 5. Mudah dan Amat mudah. Apa yang perlu anda buat hanyalah fikir dan terus lakukan.
Langkah pertama :
Pilih bahan video, gambar still, digital Juice sebagai background, muzik yang anda fikirkan sesuai. dan mulakan dengan memilih muzik yang baik. Jika anda minat muzik rancak… bagus kerana muzik yang rancak banyak membantu anda dalam teknik persembahan.
 Langkah kedua
Buat Off-Line terlebih dahulu agar bahan yang anda pilih tadi akan digunakan seterusnya. Susun gambar (video) mengikut kesesuaian dan gambar yang di pilih hendaklah gambar yang berbentuk dekat ( close Up ) agar kesan gambar dan effect nanti menjadi menarik dan ada impaknya.
Langkah Ketiga :
Buat On-Line dengan timeline dari off-line tadi. Sususn gambar anda mengikut durasi yang anda perlukan dan jangan terlalu panjang kerana gambar tersebut menjadi lembab, Durasi bagi satu shot jangan lebih dari 3 saat dan kalau boleh gunakan dalam 1 saat sahaja kerana shot tersebut akan menjadi rancak dan rentak mengikut bit muzik yang telah anda susunkan. Penggunaan grafik 2D dan 3D amat penting untuk membantu maklumat dalam video montage anda menjadi semakin menarik dan mudah difahami.
Langkah Keempat :
Suara Latar juga amat penting untuk membantu keterangan dalam video montage anda. Suara Latar harus nampak profesional agar ia tidak menjadi boring dan ada impak. Gunakan suara pembaca yang profesional seperti Adnan Ali, Nasir Said, Jeffery Nicolseson, dan ramai lagi…
Langkah Kelima :
Kombinasi antara muzik dan muzik effect amat penting kerana setiap effect gambar anda hendaklah di letakan muzik effect untuk membantu kesan kepada penonton sewaktu effect gambar di mainkan. ingat muzik dan muzik effect amat penting. Adunan akhir ( Audio Mix ) perlu untuk memberi keseimbangan muzik dan suara latar serta muzik effect agar tidak bertembung dan memberi bunyi yang tinggi dan meyakitkan teliga penonton.
Artikel dari donemedia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s