CROP FACTOR DAN FIELD OF VIEW ( FOV )

Oleh kerana kebanyakan DSLR sensor lebih kecil dari saiz filem 35mm, crop factor yang digunakan oleh jenama Nikon sebagai contoh, didalam pembikinan DSLR mereka ialah 1.5x kecuali D3, Full Frame 35mm (FX) DSLR. Justeru itu, sensor yang lebih kecil ini akan merakam imej yang di pantulkan oleh kanta lensa dibahagian tengah menyebabkan “cropped FOV”, seperti contoh yang ditunjukkan dibawah.

Dengan yang demikian, kamera 35mm filem akan memerlukan focal length yang lebih panjang untuk mendapatkan Field of View (FOV) yang sama. Mari kita perhatikan contoh yang disediakan.
Contoh 1: Wide angle FOV  klik gambar untuk saiz besar

FOV pada gambar pertama diambil dengan menggunakan lensa 18mm DX. Disebabkan oleh crop factor 1.5x yang dibincangkan sebelum ini, untuk menghasilkan FOV yang sama pada 35mm filem,focal length yang perlu digunakan ialah 27mm (18mmx1.5=27mm). Dengan itu, gambar kedua telah diambil dengan menggunakan focal length yang terdekat iaitu 28mm.

Contoh 2: Telephoto FOV.  klik gambar untuk saiz besar

Disebabkan oleh crop factor ini, pengguna kamera SLR 35mm memerlukan focal length 300mm untuk mendapatkan FOV yang sama saperti yang dihasilkan oleh DSLR 200mm (300mm/1.5=200mm). Ini amatlah dialu-alukan oleh penggemar lensa telephoto kerana perbezaan harga diantara 200mm dan 300mm amatlah ketara.

Namun yang demikian, bagi bagi penggemar lensa wide angle adalah disebaliknya, kerana lensa wide angle seperti 28mm DX akan hanya menghasilkan FOV 42mm sahaja, seperti ditunjukkan di bawah. Klik gambar untuk saiz besar

Sumber dari Blog Dr FaisalPhotography _jutaan terima kasih kepada beliau kerana menterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia artikel ini dan saya cuma memanjangkan usaha beliau ke blog saya untuk para pengunjung blog saya khasnya dan kepada para peminat fotografi amnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s